Beginning of an Ending

Follow | Dashboard


"Kamu seorang Muslimah. Kecewa seumur hidup bukanlah cara hidup Islam kerana Allah melarang hamba-hambaNya hidup berputus asa"..


Entry | About | Board | Credit


road to hajj (3)
assalamualaikum semua pengunjung belog yang tak seberapa ni :)
hari ni , cik hajah nk meneruskan penceritaan sy ketika di mekkah ..


gambar kat atas ni masa cik hajah berada di bumi ARAFAH ,
bertolak dari mekkah selepas isyak tapi sampai ke arafah pada pukul 12 tengah malam sebab kesesakan lalu lintas ..
memang sejuk lah kan , waktu malam la katakan..


okay , ni pulak keadaan padang arafah ketika pagi ,
yang korang nampak berbaris-baris tuh sebenarnya beratur nk amik air panas je . hihihi :)
yela , breakfast ..


sebelum tuh , gambar atas ni amik kat encik GOOGLE ..
sebab masa sampai di MUZDALIFAH pun dah tengah malam , 
memang dah tak larat sangat nk amik gambar ,
kat sini kami kena mengutip anak batu untuk melontar ,


haa , ni pulak suasana ketika di MINA , 
bayangkanlah satu ruang kena berkongsi tidur seramai 16 orang ,
di sini memang banyak menguji kesabaran jemaah haji ,
yela , kena berkongsi tandas dengan jemaah yang ramai ,
makanan di sini boleh la :)


terowong ke jamrah ,
subhanallah , suasana dalam terowong ni , teruja :)
berangin , perjalanan agak jauh ,
3km pergi , 3km balik ..
korang sume bayangkanlah ..
sakit kaki , penat . sume adela ..



permandangan dari jauh tempat melontar ,
YA ALLAH , kesyukuran ku panjatkan kehadratMU ,
sungguh cantik tempat ni , suasana yang sejuk :)
yang penting siap ad LRT , tapi untuk jemaah dari TURKI je ,
hmm , xdapat pulak rasa an :p

* ni yang cik hajah nak share ngn korang sume ,
pengalaman yang tak dapat nak dilupakan ..
masa nak pergi melontar yang pertama iaitu jamrah kubra ( jamrah paling besar ),
semua jemaah pergi bersama-sama tapi apakan daya , mak cik hajah sakit kaki , jadi perjalanan menuju ke tempat jamrah agak lambat ,
tapi takpela , nak buat macam mana kan ..
okay kita teruskan ..
semasa perjalanan , adela 3 orang nenek tua tapi takde la tua sangat ,
sorang tengah demam , sorang lagi sakit kaki ..
so , cik hajah pun memimpin la nenek-nenek tuh ..
hanya ALLAH je yang tahu , 
yela , nak bawak mak lagi y sakit kaki , pastu tambah lagi 3 org nenek ..
rasa tak terdaya , penat sangat..
tapi cik hajah teruskan juge..
sampai je tempat melontar , cik hajah terangkan dulu kat nenek-nenek tuh ,
selepas itu , kami pun pulanglah ke khemah ..
sampai je di khemah , nk tido ..
airmata cik hajah mengalir ,
sedih sangat ..
ALLAH bg cubaan , nak menguji kesabaran,
alhamdulillah , cik hajah dapat laluinya..
semoga ALLAH limpahkan rahmat kepada cik hajah ,amin :)

alhamdulillah , cik hajah selesai tunaikan semua wajib haji ,
terasa ketenangan yang ALLAH beri ,

* kami semua pulang ke mekkah dengan selamat , walaupun penat :)

hmm , ehh ..
cik hajah ngantok la , 
nty panjang umur , kita cerita-cerita lagi eh :)
love you 

lots of lurf , cik hajah :)
ASSALAMUALAIKUM





Older post / Newer post