Beginning of an Ending

Follow | Dashboard


"Kamu seorang Muslimah. Kecewa seumur hidup bukanlah cara hidup Islam kerana Allah melarang hamba-hambaNya hidup berputus asa"..


Entry | About | Board | Credit


road to hajj (2)

lautan manusia , dari seluruh pelosok dunia ..
menghadap kiblat yang satu , BAITULLAH ..
bermacam ragam manusia ..
besar , kecil , tua , muda ..
kaya , miskin 
itu bukan ukurannya ..
keimanan terhadap ALLAH ,,


masjidil haram ,
Jika ingin melihat orang 'bertengkar' mendapatkan ruang dalam saf, inilah masanya. Semuanya kerana mereka menyedari ganjaran besar yang menanti bagi mereka yang solat di Masjidil Haram iaitu 100,000 berbanding di masjid lain. Sebab itu, mereka yang terlewat akan cuba menyelit di ruang-ruang yang sempit. Asalkan 'celus' kepala untuk sujud sudah memadai. Di sini, teruji kesabaran para jemaah. Sama ada mahu memberi laluan atau ruang kepada saudara yang lewat datang atau berkeras 'mempertahankan ruang' yang ada.
Dalam keadaan sulit begitu, berkat doa, selalunya ada sahaja individu yang menawarkan tempat untuk solat. Demikianlah antara keajaiban dan kuasa Allah yang sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.
Disebabkan ganjaran itu juga, ramai kalangan jemaah yang beriktikaf hampir setiap hari di masjid. Selepas solat fardu, mereka solat sunat diikuti dengan membaca al-Quran. Selepas itu, mereka tidur sebentar. Bangun tidur, terus sambung membaca al-Quran dan solat sunat yang lain. Demikianlah rutin bagi 'para penghuni' Masjidil Haram ..

subhanallah, sesungguhnya ALLAH itu maha besar ,
menyayangi setiap hambaNYA ..
meskipun ketika hendak solat , ruang solat sering diambil oleh orang lain , saya tetap bersabar dengan kerenah mereka..insyaALLAH ada tempat untuk kita :)
saya pernah merasai sujud di atas kaki wanita negara TURKI ,,
itu semua adalah pengalaman yang akan membuatkan diriku terseyum pabila mengenangkannya ,


menara jam terbesar di mekkah ,
Di atas menara jam ini tertulis nama Allah dan dan akan bercahaya menandakan 5 waktu sembahyang untuk umat Islam.
subhanallah , cukup indahhh..


AYAM GOLEK .
disebabkan saya alah kepada lauk ikan yang disediakan oleh catering pihak muassasah , saya terpaksa membeli ayam golek di atas ,
rasa yang agak sedap , garing , memang terbaik la kan :p


suasana kota mekkah di awal pagi,
kesesakan di jalan raya , 
kebanyakkan pemandu kereta di mekkah memandu kereta seperti lipas kudung :p
amat laju ,

ehh , assalamualaikum , 
nanti cik hajjah berceloteh lagi yaa 






Labels:


Older post / Newer post