Beginning of an Ending

Follow | Dashboard


"Kamu seorang Muslimah. Kecewa seumur hidup bukanlah cara hidup Islam kerana Allah melarang hamba-hambaNya hidup berputus asa"..


Entry | About | Board | Credit


road to hajj (1)

syukur alhamdulillah , pada 18 oktober 2011 , kami telah selamat sampai ke jeddah airport ..setelah selesai semua urusan, kami terus di bawa ke mekkah ,,setelah sampai di mekkah , kami di tempatkan di hotel yang bernama ABRAJ REEMAN :)


setelah berehat , pada waktu malam pula semua jemaah haji KT 54 pergi membuat umrah ..
saat pertama kali menjejakkan kaki ke masjidil haram , YA ALLAH ..sayunya hatiku ...sememangnya tidak dapat ku tahan sebak di hati..betapa kerdilnya diriku ..syukur alhamdulillah saya berpeluang datang ke tanah haram ini,
tawaf umrah , pada masa ini orang masih belum terlalu ramai ..saat memandang ke arah KAABAH , menitis airmataku ,,semasa mengelilingi KAABAH sebanyak 7 pusingan , airmataku ..hanya ALLAH saja yang tahu perasaanku ketika itu..


selepas itu , kami semua melakukan saie di bukit safa dan marwah ..
perjalanannya agak jauh tetapi saat berjalan beramai-ramai , bagaikan tidak terasa jauhnya ..setelah mengakhiri pusingan yang ke 7 di bukit marwah, kami terus pulang ke hotel..dan merehatkan badan yang telah seharian kepenatan..


Older post / Newer post