Beginning of an Ending

Follow | Dashboard


"Kamu seorang Muslimah. Kecewa seumur hidup bukanlah cara hidup Islam kerana Allah melarang hamba-hambaNya hidup berputus asa"..


Entry | About | Board | Credit


Nak Yang Baik, Jadilah Yang Terbaik
“Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu”
Setiap manusia inginkan yang terbaik buat dirinya. Tidak kiralah, mat rempit, bohsia, ataupun sekalian yang digelar manusia, bila disebut mengenai pasangan hidup, pasti ada ciri-ciri terbaik yang diidamkan.
Ayat standard kalau perempuan “Saya nak yang sayang saya sepenuh hati, yang hormat mak bapa, hensem atau tidak, itu belakang kira, yang paling penting, beriman kepadaNya”.
Yang lelaki pula “Aku tak kisah cantik atau tidak, yang penting dia baik, sopan santun, pandai jaga hati, paling bagus, pakai tudung, tutup aurat gitu”, pergh ~ tipu kalau cakap yang buruk-buruk idaman hati, kan?
Tapi, yang perempuannya suka mengumpat, mulut ikut lepas, kuat melenting bila mak bapanya tegur sesuatu, nak yang beriman, tapi diri sendiri agama tak tentu hala, apa kes?
Yang lelaki pun sama, nak sopan tapi adab tak terjaga, nak yang jaga hati dia tapi panas baran sepanjang masa, nak bertudung tapi aurat sendiri tunggang langgang, macam mana nak membimbing wanita baik punya?
“Aku dah buat yang terbaik buat dia, tapi kenapa dia masih tak dapat terima aku? Apa kurangnya aku?”, terbaik itu luas konsepnya, hanya untuk dirinya takkan kemana-mana, tapi jika untuk diriNya, pasti diberi yang setimpal buat kita.
Lelaki baik untuk perempuan jahat dan sebaliknya?
“Selalu juga aku nampak suami si polan tu pukul bini dia, kesian, punya baik bini dia tu, tak tahu kenapa dapat laki macam tu”.
“Kau tengok tu, laki dia punya main baik lagi bagi itu ini, tapi bini dia curang beb”.
Kalau tengok ayat bawah ni, takkan ada something wrong?
“Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia.” An-Nur : 26
Tiadanya something wrong, malah itulah dalil yang nyata sekali. Kalau tengok ayat mengumpat tadi, kita tidak tahu seribu makna dalam kehidupan, kerana kita sentiasa diuji, tak kira dalam keadaan apa sekali pun. Jika kita mengharap keredhaanNya, insyaAllah, dari ayat mengumpat, pasti jadi ayat baik punya.
Bukan mudah, cuma persepsi kita, bagaimana berusaha memperbaiki diri, agar mendapat yang terbaik itu.
JanjiNya, yang baik tetap untuk yang baik
Untuk mendapat yang terbaik, fikirkan dan ingatlah, bersediakah kita untuk menjadi yang terbaik buat yang diharapkan? Bukannya merendahkan diri sendiri, tetapi inisiatif bagaimana untuk menjadi terbaik.
Selalu berkata “Aku belum jumpa lelaki/perempuan yang betul-betul baik dan memahami diriku”, tapi sedarkah kita, bagaimana hendak jumpa yang baik, jika kita selalu mengabaikan diriNya? Pernahkah kita terfikir, kita memahami kehendakNya? Yakni melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNya.
Baik bukan sekadar peribadi cuma, tapi apa yang kita beri kepadaNya. Akhlak yang baik itu dipuji olehNya, tapi biarlah seiring dengan perintah yang wajib buat kita.
Jadikanlah diri yang terbaik, InsyaAllah, yang terbaik pasti kita akan dapat, kerana itu janji dariNya.
Ingat, selalunya yang baik, pasti akan tertarik kecantikan dalamannya, dan mereka yang terjerumus kepada nafsu semata, pasti hanya memandang kecantikan dunia.
Moga yang terbaik itu ada pada diri kita, sentiasa beristighfar memohon keampunanNya, kerana itu yang banyak membantu menjadi terbaik sentiasa.

SCemanoti : Musa berkata kepada kaumnya: “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
Surah Al-A’raf : 128

Older post / Newer post