Beginning of an Ending

Follow | Dashboard


"Kamu seorang Muslimah. Kecewa seumur hidup bukanlah cara hidup Islam kerana Allah melarang hamba-hambaNya hidup berputus asa"..


Entry | About | Board | Credit


teman..
ku pohon sejuta kemaafan andai warkah ini menyinggung perasaanmu..entah kenapa begitu lancar tangan ini untuk meluahkan apa yang tersirat..setelah melihat pengakhiran kisah persahabatan kita..aku tahu..aku tidaklah sehebat dirimu..kerana aku hanya manusia biasa yang tak pernah lepas dari melakukan dosa..tetapi izinkan lah aku mencoretkan segalanya disini..maafkan ku teman...


teman..
aku tertanya-tanya kemana hilangnya kemesraan kita dahulu??adakah segalanya telah ditelan arus atau mata kita telah dikaburkan dengan bisikan-bisikan halus syaitan yang suka melihat kemusnahan umat nabi adam ini.teman...bukanlah emas yang ku pinta dalam persahabatan ini..tapi sebuah kejujuran dan keikhlasan yang lebih berharga dari segalanya..bukan juga pujian darimu yang ku damba tetapi teguran yang sering mengingatkan ku andai diri ini terleka akan nikmat dunia..


teman..
bukan niatku untuk menyakiti hatimu tetapi aku sedar mungkin ketika itu kau sedang marah dan tak mampu nak kawal emosi sendiri..sebab itu aku biarkan dan merahsiakan semuanya..mungkin aku akan memberitahunya setelah dirimu benar-benar mampu menerimanya..ketahuilah teman..adakalanya aku lelah tersepit ditengah-tengah kerana disitu aku mengambil risiko untuk dibenci oleh kedua-dua pihak..tetapi apakah daya ku untuk mengelakan segalanya dari terus berlaku..aku tahu, tuhan sentiasa bersama hambanya yang memerlukan pertolongan...walaupun adakalanya aku terasa lemah diuji begini, difitnah dan dibenci oleh orang yang aku sayangi.. aku redho dengan segala yang berlaku..mungkin dengan cara ini boleh membuatkan diriku dekat denganNya..hanya satu yang ku pinta semoga diri ini dilindungi dari semua perasaan benci, dendam dan mampu mengukir senyuman walau diri ini disakiti..aku cuba untuk menjadi yang terbaik dan memberikan yang terbaik untuk walapun ku sedar aku tak mampu menjadi sekuat dan setabah kekasih Allah.


teman...
hanya perkataan maaf sahaja yang aku mampu tuturkan selagi hayat dikandung badan..terpulang pada dirimu untuk memaafkannya atau tidak..aku tak tahu bila dan bagaimana pengakhiran hidup ini.tetapi ketahuilah wahai teman, aku redho andai diriku yang kau benci dan relakan lah diri ini jika aku dijemput dahulu darimu supaya aku dapat pergi dengan tenang..


teman..
cukuplah sampai disini, coretan yang ingin aku kongsikan buat dirimu..maafkan ketelanjuran kata-kata ku ini..secoret tinta x menjanjikan keutuhan ukhwah, smanis kata x melakar kejujuran insan, seindah senikata x berupaya mengukur kerinduan, hanya secebis keikhlasan pengukur sebuah perhubungan....


*semoga hubungan yang terjalin tidak seperti bunga yang sedang mekar..harumnya hanya seketika..punahnya ia untuk selamanya...

Older post / Newer post