Beginning of an Ending

Follow | Dashboard


"Kamu seorang Muslimah. Kecewa seumur hidup bukanlah cara hidup Islam kerana Allah melarang hamba-hambaNya hidup berputus asa"..


Entry | About | Board | Credit


14 jun , genap lapan tahun pemergiannya :)
hari ni genap 8 tahun pemergian ayahanda yang disayangi ..
rasa seperti semalam baru kita bersua , berjenaka ..
tidak lengkap hidupku tanpa kehadiranmu babah , tetapi apakan daya acu , ALLAH lebih menyayangi babah ..
sememangnya sukar untuk ku menerima hakikat itu , tapi ku harus kuat kerna yang telah pergi takkan kembali..

sewaktu ni saya berumur 12 tahun , beberapa bulan sebelum UPSR ..
seminggu sebelum meninggal , babah pergi hospital sebab nk buat medical check up ..balik je dari sekolah , mak bagitahu yang babah kena tahan duduk wad...
mak la yang menjaga babah sepanjang babah berada di wad..
dua hari sebelum babah menghembuskan nafas terakhir , saya ada pergi melawat babah ..rasanya seperti tidak sanggup untuk saya melihat keadaan babah kerna wajahnya yang kelihatan tidak bermaya tetapi masih mampu untuk tersenyum  ..
hanya ALLAH je yang tahu perasaan saya ketika itu ..
saya memang rapat dengan arwah babah :)
segala keinginan saya pasti akan dituruti ,
dialah ayah yang terbaik buat kami :)

pada tanggal 14 jun 2003 , sebelum subuh ..secara tiba-tiba kak lang mengejutkan saya , dia cakap babah pengsan ..
saya dan kak lang terus menuju ke hospital...
dalam perjalanan, kak ipar menelefon kami , dan memberitahu bahawa yang babah dah pergi buat selama-lamanya :(
masa tu , saya kaku ..tak terkata ..saya terus terdiam :(
rasa kehilangan yang teramat sangat :(
sampai je hospital , babah dah pergi buat selama-lamanya ..
dia tersenyum...dia seperti sedang tidur..

mak kata , sebelum babah meninggal , dia cakap nk tidur ..
mak sentiasa di samping babah ..
kami redha atas pemergian babah..
saya masih ingat kata-kata babah ,
'nanty abah anta acu g sekolah tiap-tiap hari'
setelah jenazah siap dikafankan , sedih sangat rasanya . rasa tidak percaya bahawa yang dibaluti kain kafan tu ialah abah saya :(



sayunya hati sewaktu ingin mencium babah ,
berlinangan airmata saya sewaktu babah hendak dikebumikan,
rasa tidak terdaya untuk menanggung semua itu..
dye pergi buat selama-lamanya dengan senyuman ..
yang pergi tetap pergi , kita yang hidup perlu meneruskan kehidupan :)
agak lama masa yang diambil untuk menerima kenyataan tersebut , ditambah pula dengan tahun peperiksaan UPSR ,,
saya akui saya menjadi seorang yang senditif selepas pemergian babah ..
dugaan yang besar ALLAH telah turunkan terhadap saya ..
saya tetap redha , terima atas permergian babah :)
pemergian babah membuatkan saya lebih tabah dan kuat untuk menghadapi hidup yang penuh cobaan ..
paling sayu apabila beraya tanpa babah di sisi ..
saya cemburu melihat kawan-kawan yang masih mempunyai ayah , masih berpeluang memanggil ungkapan 'AYAH'
tidak seperti saya ..


hari ni 14 jun 2011 , genap 8 tahun babah pergi meninggalkan kami ..
maafkan salah silap acu selama ni ..
acu akan cuba buktikan yang acu juga boleh berjaya :)
i love u abah ,
really miss u :)
miss your voice , miss your joke ..
really miss everything about you abah 

'SELAMAT HARI BAPA UNTUK SEMUA BAPA DI SELURUH DUNIA'
sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia ..
bagi semua meraka yang masih mempunyai ayah , hargailah ayah anda selagi dia masih bernafas :)
jangan menyesal selepas dia telah tiada..
seorang bapa boleh menjaga ramai anak, takkan anak yang ramai tidak mampu menjaga seorang ayah:)
kasih ayah tiada tandingannya ...

ABAS BIN ABD MANAP ♥ dalam kenangan :)

i love u abah

Older post / Newer post